FORUM MARI BELAJAR
Selamat datang ke Forum Mari Belajar (MBF)... sila login/daftar... pendaftaran percuma, sangat mudah, sangat cepat & tidak cerewet... ada ruangan yg anda tdk dpt lihat jika tidak login...

Terima kasih atas kunjungan anda...

Join the forum, it's quick and easy

FORUM MARI BELAJAR
Selamat datang ke Forum Mari Belajar (MBF)... sila login/daftar... pendaftaran percuma, sangat mudah, sangat cepat & tidak cerewet... ada ruangan yg anda tdk dpt lihat jika tidak login...

Terima kasih atas kunjungan anda...
FORUM MARI BELAJAR
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Ranking Web Pendidikan
Free Ranking System For Malaysian School's Sites and Portals

Klik utk lihat senarai...

ILMU YANG TIDAK TERNILAI... Cgu, ank sy dlm thn 5 dan lmh dlm sub sains.. Sy amat ssh hati krn thn dpn dia pula akan mnduduki upsr. sy mncari2 tips utk sy praktikkn pd ank sy dan di ruangan ini sy temui segalanya.. Ats usaha cgu ini sy mndpt bnyk pengetahuan.. Terima kasih ats usaha cgu semoga diberkati segala ilmu yg dikongsikan brsama... (ummiS 8sept11 12.14am) Klik

Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 16 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 16 Guests

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 436 on Mon Sep 20, 2010 10:16 pm
Latest topics
» Detergent, suggestions
by samuelbass Sun Jan 09, 2022 4:38 pm

» Nak beli mesin basuh
by samuelbass Sun Jan 09, 2022 4:32 pm

» Sila perkenalkan diri anda... tp tdk wajiblah...
by Admin Thu Jun 18, 2015 9:54 am

» soalan BM
by daniya2003 Sat May 23, 2015 8:53 pm

» LATIHAN BAHASA MELAYU UPSR
by daniya2003 Sat May 23, 2015 8:49 pm

» pecahan
by daniya2003 Sat May 23, 2015 8:41 pm

» Karangan : GURU SAYA
by 'Ainun Najihah Tue May 19, 2015 3:55 pm

» 14 Perkara Utama Mengenai Fail Meja
by salshark58 Tue May 12, 2015 9:33 am

» SOALAN KBAT
by syrfna Sun Apr 26, 2015 9:08 pm

» Nak atasi subjek yang x pernah lulus !
by Admin Mon Apr 06, 2015 7:50 pm

» Kawan nk x???
by Admin Mon Apr 06, 2015 7:48 pm

» WAJIB DAFTAR SEBAGAI AHLI FORUM
by Admin Mon Apr 06, 2015 7:47 pm

» BARU atau BAHARU
by Admin Mon Apr 06, 2015 7:41 pm

» talk in english, IF YOU DARE!
by Nuhaaa98 Tue Mar 17, 2015 10:41 pm

» geografi NOTA
by logapriya.murugaiah Sat Nov 29, 2014 7:44 pm

» bahasa melayu
by logapriya.murugaiah Fri Nov 28, 2014 1:06 pm

» bahasa melayu
by logapriya.murugaiah Fri Nov 28, 2014 12:36 pm

» math : Strawberry
by ijibang Wed Nov 26, 2014 1:21 am

» Salam Kenal
by erwinmaya Mon Nov 03, 2014 11:42 am

» English Grammar Exercises
by M.TASHVEENA* Sat Oct 18, 2014 11:16 am

» berkongsi belajar Matematik
by M.TASHVEENA* Sun Oct 12, 2014 8:49 pm

» BAHASA MELAYU
by M.TASHVEENA* Sun Oct 12, 2014 8:40 pm

» Koleksi bank soalan UPSR
by M.TASHVEENA* Sun Oct 12, 2014 8:32 pm

» Sport Day
by M.TASHVEENA* Sat Oct 11, 2014 10:08 pm

» SIMPULAN BAHASA
by M.TASHVEENA* Sun Oct 05, 2014 4:29 pm

FMB Chatbox


NOTIS / IKON MBF
Mengapa Anda Selalu Lupa ? Stress10 Mengapa Anda Selalu Lupa ? Ikon_b10 Mengapa Anda Selalu Lupa ? Andadibuli Mengapa Anda Selalu Lupa ? Berikanper Mengapa Anda Selalu Lupa ? Ikon_j10 Mengapa Anda Selalu Lupa ? Ikon_a11 Mengapa Anda Selalu Lupa ? Ikon_a12
Online English Dictionary
www.educationatlas.com
16731 blu 0
online education degrees
Pengunjung / Visitors


Mengapa Anda Selalu Lupa ?

4 posters

Go down

Mengapa Anda Selalu Lupa ? Empty Mengapa Anda Selalu Lupa ?

Post by Guest Fri Jun 17, 2011 1:03 am

Adakah masalah lupa merungsingkan anda? Itu sudah pasti, bukan? Sekiranya anda dapati anda sering kali lupa apa yang telah dibaca, maka tahniah!! itu tandanya anda manusia normal. Hasil kajian telah menunjukkan 80% dari apa yang kita baca hari ini akan lupa hanya dalam masa 24 jam.

Jangan cari alasan. Ramai pelajar menjadikan lupa sebagai alasan untuk tidak belajar atau membuat ulangkaji terlalu awal. "Buat apa baca sekarang esok lupa juga". Inilah kata-kata yang sering diucapkan.

Tahukah anda, sebenarnya anda tidak lupa, cuma anda belum melakukan cukup usaha supaya anda tidak lupa. Mudah bunyinya bukan??

Sebenarnya wujud perbezaan antara belajar awal dengan belajar waktu musim peperiksaan. Anda perlu belajar awal untuk menyediakan nota-nota bermutu dan untuk memahami setiap mata pelajaran dengan sebaik-baiknya.

Jangan risau kalau masih banyak yang anda belum ingat, yang penting telah banyak tajuk-tajuk yang anda telah faham.

Fahami apa yang dibaca. Memahami matapelajaran adalah langkah pertama sebelum anda melakukan usaha untuk menghafalnya. Menghafal bahan yang tidak difahami adalah perbuatan yang sia-sia.

Sekiranya anda belajar awal, anda pasti punya banyak masa dan berpeluang untuk bertanya kepada guru dan rakan-rakan agar setiap kekeliruan dapat diatasi sebelum terlambat..

Setelah anda benar-benar faham, sediakan nota ringkas yang bermutu untuk anda gunakan setiap kali datangnya musim peperiksaan.

Sediakan juga nota-nota poket dan peta minda bagi memudahkan anda merujuk semula kepada apa yang telah dipelajari tanpa perlu membelek semula buku-buku asal.

Hafal kata kunci. Ramai pelajar yang mempunyai tabiat menghafal yang buruk. Mereka cuba mengingati keseluruhan ayat yang mewakili fakta.

Contoh fakta:
Otak manusia terbahagi kepada dua hemisfera iaitu otak kanan dan otak kiri.

Pertama sekali pastikan anda faham apa mesej yang mahu disampaikan kepada anda dalam fakta tersebut. Keduanya barulah hafal fakta itu, tetapi bukan menghafal keseluruhan ayat.

Hafal hanya perkataan ' dua hemisfera ' yang merupakan kata kunci kepada fakta. Sekiranya anda ingat kata kunci ini pasti sahaja anda mampu menerangkan kepada orang lain apa maksud disebaliknya. Sebab itulah anda perlu faham sebelum anda hafal!!

Pecahkan kepada beberapa kumpulan kecil. Sekiranya anda terpaksa menghafal terlalu banyak fakta, jangan hafal kesemuanya serentak. Tidak perlu terburu-buru.

Pecah-pecahkan fakta-fakta tersebut kepada beberapa kumpulan kecil dan hafal setiap fakta dalam kumpulan ini.

Misalnya, kalau anda ada 15 fakta yang perlu diingat, pecahkan fakta-fakta ini kepada 3 kumpulan kecil. Setiap kumpulan mempunyai hanya 5 fakta. Baik, sekarang mana yang lebih mudah dihafal, kumpulan yang 15 fakta atau kumpulan yang mengandungi 5 fakta? Lihat! mudah-mudahkanlah pekerjaan anda. Sekali lagi jangan terburu-buru. Mempelajari bahan-bahan akademik memerlukan kesabaran dan ketekunan yang tinggi.

Sering membuat imbasan. Satu lagi faktor anda lupa ialah terlalu percaya bahawa anda telah menguasai tajuk tersebut hanya dengan melakukan sekali ulangkaji. Awal-awal lagi telah dibuktikan bahawa 80% daripada apa yang telah dipelajari akan lupa dalam masa 24 jam.

Sekiranya anda tidak menyemak semula tajuk tersebut dalam masa yang terdekat, maka jangan pelik kalau anda terpaksa mengulang baca keseluruhan tajuk sekali lagi dimusim peperiksaan. Untuk menjadi seorang pelajar yang efektif, anda perlu melihat seimbas apa yang telah anda baca dari semasa ke semasa secara sistematik. Petua dibawah boleh digunakan dan terbukti berkesan :

Imbas 5 minit apa yang dibaca selepas 24 jam.

Imbas 5 minit lagi selepas 1 minggu.

Imbas 5 minit setiap 2 minggu.

Imbas 5 - 10 minit dimusim peperiksaan.

Gunakan teknik-teknik ingatan. Untuk memudahkan lagi proses mengingati fakta, anda perlu ada kemahiran tertentu seperti teknik mnemonik, teknik menggambar cara, teknik ceraian dan pelbagai lagi. Pastikan anda kembali ke sini setiap minggu sebab pelbagai topik berkaitan dengan ingatan akan dimasukkan dari semasa ke semasa.

Elakkan dari tidur petang. Ini lagi satu penyakit. Tidur selepas waktu Asar akan melembabkan otak anda. Dalam Islam amalan tidur petang sebegini sangat tidak digalakkan. Oleh itu hentikan tabiat buruk anda ini.

Kalau anda letih, tidur sahaja sebentar selepas solat zuhur, ini sunnah Rasulullah s.a.w. Badan akan terasa lebih bertenaga untuk belajar diwaktu malamnya nanti.

Ajarkannya kepada orang lain. Cari peluang untuk mengajarkan apa yang telah anda ketahui kepada orang lain. Libatkan diri secara aktif dalam perbincangan kumpulan. Hanya dengan mengajarkannya sahaja anda dapat menguji penguasaan anda terhadap satu-satu tajuk.

Raikan setiap soalan dan hujah daripada rakan. Galakkan mereka bertanya kepada anda. Hanya dengan cara inilah otak anda mula bekerja lebih keras untuk mencari jawapan.

Guest
Guest


Back to top Go down

Mengapa Anda Selalu Lupa ? Empty Re: Mengapa Anda Selalu Lupa ?

Post by pendidik Thu Aug 18, 2011 3:32 pm

Setuju...

pendidik
MBF Junior Member
MBF Junior Member

Number of posts : 20
Registration date : 18/08/2011

Back to top Go down

Mengapa Anda Selalu Lupa ? Empty Re: Mengapa Anda Selalu Lupa ?

Post by hema Thu Aug 18, 2011 8:09 pm

Wah, ada pelbagai fakta tentang penyakit lupa agaknya...... Memang saya selalu lupa apa yg dipelajari. Kalau baca hari ni, esok tak blh ingatdah.. Ini memng masalah saya dari dulu lagi..... Sad pale Rolling Eyes

hema
MBF Member (B)
MBF Member (B)

Number of posts : 85
Age : 27
Location : kedah
Humor : -
Registration date : 13/07/2011

Back to top Go down

Mengapa Anda Selalu Lupa ? Empty Re: Mengapa Anda Selalu Lupa ?

Post by Admin Thu Aug 18, 2011 8:52 pm

adik kena latih mental lebih kerap supaya fakta2 yg dipelajari kekal dlm ingatan...
Admin
Admin
Admin
Admin

Number of posts : 3369
Registration date : 19/04/2008

https://maribelajar.forumms.net

Back to top Go down

Mengapa Anda Selalu Lupa ? Empty Re: Mengapa Anda Selalu Lupa ?

Post by ayu meppy Thu Aug 18, 2011 10:26 pm

sebab kita banyak makan semut or ubi kayu... Very Happy

ayu meppy
MBF New Member
MBF New Member

Number of posts : 2
Age : 27
Location : malacca town
Registration date : 18/08/2011

Back to top Go down

Mengapa Anda Selalu Lupa ? Empty Re: Mengapa Anda Selalu Lupa ?

Post by Admin Thu Aug 18, 2011 11:08 pm

ayu meppy wrote:sebab kita banyak makan semut or ubi kayu... Very Happy
apa maksud ni?
Admin
Admin
Admin
Admin

Number of posts : 3369
Registration date : 19/04/2008

https://maribelajar.forumms.net

Back to top Go down

Mengapa Anda Selalu Lupa ? Empty Re: Mengapa Anda Selalu Lupa ?

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum